Halaman

Selamat Datang Ke Blog Saya

Isnin, 16 April 2012

Rancangan Pelajaran Harian (Kepentingan Komputer Pada Masa Kini)


2.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN:

Mata Pelajaran            :           Bahasa Melayu                      

Tahun                          :           4 Teratai

Tarikh                          :           06 April 2012 (Jumaat)                      

Masa                           :           07.50 pagi hingga 08.20 pagi (30 minit)

Bil. Pelajar                   :           21 orang

Tema/Tajuk                 :           “ Kepentingan Komputer pada Masa kini ”.
Sub tajuk                    :           5.2 Aras 2  (ii) Menyatakan isi penting berdasarkan bahan yang                 
                                                                   dibaca.
 :           8.2 Aras 3  (ii) Menulis karangan prosa.          
                                           
                              

Hasil Pembelajaran     :             Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:
Aras 1
                                            1.        Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan
                                                           topik yang diberikan.
 Aras 3
1.         Menulis karangan prosa.
Strategi                        :           Berpusatkan guru, murid dan bahan.

Pengetahuan lalu        :           Murid telah mengetahui tentang cara penggunaan komputer      
                                                di rumah atau di sekolah serta fungsinya.
                                     

Alat Bantu Mengajar   :           Komputer riba, papan layar(interaktif),Power point (peta 
                                               minda),kamus dewan edisi keempat, LCD dan buku bijak kamus.

Penerapan Nilai           :           Menghormati guru,penumpuan, patuh, kerjasama, keyakinan diri,
                                                 kerajinan

Ilmu                             :           Teknologi maklumat


Langkah  /Masa
Isi Kandungan / Kemahiran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber / Nilai
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
Set induksi (5 minit)











Konsep dan perkakasan berkaitan komputer.





1.    Guru mengajak murid memerhatikan alatan yang terdapat dalam makmal komputer dan menyuruh murid lihat dan pegang komputer yang terdapat di setiap kumpulan dan membuat andaian tentang “Kepentingan Komputer” secara keseluruhan.
2.    Guru bersoal jawab  dengan murid tentang tajuk soalan dan kaitan dengan tajuk pelajaran hari ini.
3.    Guru menerangkan konsep alatan komputer supaya murid tahu akan fungsinya.


      i.        Murid memberi tumpuan terhadap penghayatan yang disoal oleh guru daripada alat komputer.
     ii.        Murid menjawab soalan guru tentang tajuk pelajaran .

    iii.        Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
Pendekatan:
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah:
Penghayatan dan Penerangan.
ABM:
Komputer riba,papan layar , LCD
 Nilai:
Menghormati guru  dan penumpuan
KBKK:
Berfikir untuk memahami isi pembelajaran.
Langkah 2
(10 Minit)

Aktiviti 1
-          Membaca dan melihat peta minda daripada paparan power ponit
-          Membuat penaakulan dan mengumpul maklumat dan isi.
1.    Guru memaparkan peta minda.
2.    Guru meminta murid untuk membaca peta minda itu.
3.    Guru memperlihatkan peta minda semula dan meminta murid menyalin isi peta minda itu bersama-sama.
4.    Guru memberikan penerangan tentang maksud isi pada peta minda untuk menulis karangan  “Kepentingan Komputer pada Masa kini ” .
      i.        Murid membaca isi pada minda secara kumpulan.
     ii.        Murid mencari isi dan idea dengan bimbingan guru.
    iii.        Murid memahami maksud isi pada peta minda  yang dipaparkan .
Pendekatan:
Berpusatkan murid dan bahan.
Kaedah:
Bacaan ,penerangan dan soal jawab.
ABM:
Komputer riba,papan layar  , LCD,  power point  isi dip eta minda
Nilai:
Patuh, kerjasama dan  penumpuan.
KBKK:
Berfikir untuk menjana idea.
Langkah 3
(10 minit)
Aktiviti 2
-          Perbincangan di dalam kumpulan.
-          Merujuk buku rujukan atau internet untuk mencari isi karangan
-          Membina ayat majmuk dan ayat prosa.

1.    Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan.
2.    Guru memberikan tugasan kepada pelajar untuk dibincangkan iaitu mencari isi dengan merujuk internet .
3.    Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk membentangkan isi karangan .
4.    Guru meminta murid menulis ayat  dan membuat karangan.
                i.        Murid berbincang bersama rakan di dalam kumpulan masing-masing untuk mencari isi dalam internet.
               ii.        Murid  membentangkan tugasan mereka di hadapan rakan-rakan sekelas.
Pendekatan:
Berpusatkan murid.
Kaedah:
Kerja berkumpulan, penerangan.
ABM:
Komputer,Internet dan buku rujukan lain.
Nilai:
Kerjasama, keberanian.
KBKK:
Berfikir untuk menjana idea.




Langkah 4
(5 minit)
Kesimpulan / penutup

Aspek kognitif:
1.    Guru memberikan tugasan kepada pelajar sebagai kerja rumah.
2.    Guru meminta murid membaca hasil penulisan “Kepentingan Komputer”.
3.    Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini.
Aspek Sosial:
-          Bagaimana perasaan pelajar tentang pengalaman pembelajaran hari ini?
      I.        Murid membacakan petikan karangan “Kepentingan Komputer”.
    II.        Murid  memberi jawapan berdasarkan kefahaman mereka.
   III.        Murid memberikan respons dengan pertanyaan guru itu.
Pendekatan:
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah:
Bacaan ,Nyanyian dan Penumpuan.
ABM:
Komputer riba,papan layar  , LCD,  power point peta minda.
Nilai:
Mematuhi arahan, keberanian, keyakinan diri dan kerajinan.
KBKK:
Merumus idea dan mengaitkan dengan pelajaran hari ini.





1 ulasan:

  1. New Free Online Casino Slot Games: Play For Fun or For Real dafabet link dafabet link カジノ シークレット カジノ シークレット カジノ シークレット カジノ シークレット 338Merkur 9-in-1 Merkur 9-in-1 - Shootercasino

    BalasPadam